Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Korporat Latar Belakang

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) adalah Bahagian Akaun Perbendaharaan Malaysia yang diketuai oleh Akauntan Negara Malaysia. Akauntan Negara adalah Akauntan Utama bagi Kerajaan Persekutuan dan Ketua Bahagian Akaun Perbendaharaan Persekutuan dengan mempunyai kuasa dan perkara-perkara mengenai acara-acara pengakaunan berkenaan Akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri seperti yang diperuntukan di bawah para 3 Arahan Perbendaharaan.

Penubuhan Pejabat Cawangan dan Kawasan di setiap negeri secara berperingkat bermula tahun 1973 sehingga 1995. Jabatan Akauntan Negara Cawangan Kelantan mula beroperasi pada Bulan 11 tahun 1974 dengan sebilangan kecil pegawai dan kakitangan bagi memulakan peranan dan operasi Jabatan Akauntan Negara.

Pada tahun 2007 Jabatan Akauntan Negara telah membuat penyusunan semula melalui waran perjawatan BIl. A45/2007 yang telah diluluskan oleh JPA dengan penambahan anggota berjumlah 109 orang dan telah dinaikan taraf dari Pejabat Cawangan ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kelantan.

Senarai Ketua Jabatan (Pengarah) :-

Bil. Tahun Senarai Nama Pengarah
1. 1974 hingga 1975 K.Sinapo
2. 1976 hingga 1978 En. Ashraf Othman Kothawala
3. 1978 hingga 1980 En. Mustafa B. Hamat
4. 1980 hingga 1981 En. Yasin B. Baboo
5. 1981 hingga 1982 En. Yahya
6. 1982 hingga 1983 En. Ab.Rahim B. Nik
7. 1983 hingga 1985 En. Ab.Rahman B. Safar
8 1986 hingga 1996 Tuan Haji Ab. Gani B. Haron
9. 1997 hingga 2000 En. Wan Rahimi B. Wan Ab. Razak
10. 2001 hingga 1/6/2010 Pn. Hjh.Nik Hapsah Binti Nik Hassan
11. 1/12/2010 hingga 15/3/2012 En. Muniandy A/L Govindasamy
12. 16/3/2012 hingga 16/8/2013 Pn. Faridah Binti Mat Zin
13. 16/8/2013 hingga 18/2/2016 Cik Noor Aida Binti Musa
14. 18/2/2016 hingga 1/6/2017 En. Ab Ghafar Bin Sulaiman
15. 1/6/2017 hingga 15/6/2017 En. Nording Bin Mat
16. 1/10/2017 hingga 28/2/2021 En. Shahrin Bin Haji Shaari
17. 1/3/2021 hingga Sekarang En. Mohd Zulkifli Bin Zahar