Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2024 Arkib Pengumuman 2024 ARAHAN OPERASI PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN APRIL 2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

No Rujukan : JANM.KEL.600-1/3/17 (51)

Tuan/Puan,

ARAHAN OPERASI PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN APRIL 2024


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, 

2.    Untuk makluman tuan/puan, proses penutupan akaun bulanan bagi bulan April 2024 akan bermula pada 29 April 2024. Sehubungan itu, semua PTJ / Pejabat Pemungut dimohon untuk mengambil tindakan seperti berikut :

Bil

Perkara

Tarikh Akhir

Catatan

2.1

ARAHAN PEMBAYARAN

 Tindakan PERAKU II hendaklah dibuat :

·      29 April 2024 (Isnin) – SEBELUM jam 5.00 petangdan

·      TIADA perakuan yang boleh dibuat selepas itu.

 Perakuan II boleh mula dibuat seperti biasa pada :

 1 Mei 2024 (Rabu).

2.2

HASIL / TERIMAAN

 Semua resit yang telah dikeluarkan pada:

  • 30 April 2024 (Selasa) SEHINGGA  jam 12.00 tengahari, hendaklah dibuat Penyata Pemungut (diperaku II); dan 
  • Di bankkan selewat-lewatnya pada jam 2.30 petang.

      MOHON PERHATIAN SEMUA PTJ UNTUK MEMATUHI ARAHAN INI ! 

 

 Terimaan selepas jam 12.00 tengahari, 30 April 2024 hendaklah     diperakaunkan bermula pada :

  1 Mei 2024 (Rabu).

    2.3.   Adalah diingatkan bahawa PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 103(a). 

   2.4.   Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.1 dan 2.2, sila kemukakan SURAT TUNJUK SEBAB dan salinan diemelkan ke 

            Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 9 Mei 2024.


3.     Perhatian dan komitmen tuan/puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar.  Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi Unit Pengurusan Dana JANM Negeri Kelantan di talian : 09-7460 273/274/277/294.

Sekian, terima kasih.

 

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM NEGERI KELANTAN