Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2024 Arkib Pengumuman 2024 PEMBAYARAN BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI TAHUN 2024 MELALUI ARAHAN PEMBAYARAN iGFMAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan selaras dengan surat edaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) rujukan JPA.800-3/2/4(43) bertarikh 1 April 2024, kerajaan telah bersetuju supaya Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2024 dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai / kakitangan lantikan contract (Contract for Service, pegawai sambilan harian dan MySTEP) sebanyak RM500. BKKA ini telah ditetapkan bayaran pada 5 April 2024.

Disertakan lampiran yang berkaitan seperti di bawah.

Sila klik di sini

Sekian, terima kasih.

 

UNIT GAJI

JANM NEGERI KELANTAN