Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2024 Arkib Pengumuman 2024 PERINGATAN MESRA: TARIKH AKHIR KUNCI MASUK KEW.320 (SG20) DAN SIMULASI BAYARAN GAJI BULAN MAC (DAILY RATED) DAN APRIL (REGULAR CYCLE) 2024

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kunci masuk Kew.320 (SG20) dan simulasi bayaran gaji bagi Daily Rated Mac dan Regular Cycle April 2024 di peringkat PTJ adalah seperti berikut:

Bil

Perkara

Tarikh Akhir Kunci Masuk SG20 dan Simulasi di Peringkat PTJ

2.1

Daily Rated (gaji bulan Mac 2024)

01.04.2024 (Isnin)

2.3

Regular Cycle (gaji bulan April 2024)

01.04.2024 (Isnin)  

 (sistem akan ditutup pada pukul 3.30 petang)

3.    Tuan/Puan juga dipohon untuk mengambil tindakan sepertimana di bawah bagi mengelakkan daripada berlaku "ralat" semasa larian gaji oleh JANM Negeri Kelantan.

       a) Mengunci masuk maklumat dengan tepat sepertimana yang terdapat di Kew.320

       b) Larian ZRPY001 (Laporan Perbezaan Taraf Pencen dan KWSP):

       c) Larian ZRPY115 (Laporan Kenaikan Gaji Tidak Mengikut KGT);

       d) Larian ZRPY110 (Senarai Tarikh Persaraan dan Tamat Kontrak);

       e) Simulasi gaji (ZRPY106); dan

       f) Mengemaskini status simulasi gaji di ZRPY101.

Sila pastikan simulasi gaji berstatus "error-free". Sekiranya simulasi di peringkat PTJ berstatus "error" (warna kuning atau merah), tindakan pembetulan perlu dilakukan sehingga simulasi bertukar kepada "error-free". 

4.    Manakala bagi bayaran gaji Personel MySTEP melalui Arahan Pembayaran,  pihak  Tuan/Puan  dimohon untuk membuat caruman PERKESO di IT0197 (Employee Social Security).  Pihak Tuan/Puan jua perlu memastikan kod akaun L1311903 adalah BERBAKI KOSONG pada setiap hujung bulan (tertakluk kepada tarikh yang ditetapkan oleh Unit Pengurusan Dana JANM Negeri Kelantan).

5.    Kerjasama pihak Tuan/Puan dalam perkara ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

 

UNIT GAJI

JANM NEGERI KELANTAN