Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

ARAHAN OPERASI PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN JUN 2024


Dengan segala hormatnya  merujuk kepada perkara di atas. 

2.       Untuk makluman tuan/puan, proses penutupan akaun bulanan bagi bulan Jun 2024 akan bermula pada 27 Jun 2024. Sehubungan itu semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan semua Pejabat Pemungut hendaklah untuk mengambil perhatian dan tindakan seperti berikut: 

BIL

PERKARA

TARIKH AKHIR

CATATAN

2.1

ARAHAN PEMBAYARAN

Tindakan terakhir PERAKU 2 hendaklah dibuat:

·         Pada 27 Jun 2024 (Khamis), sehingga jam 5.00 petang; dan,

·         TIADA PERAKUAN yang boleh dibuat selepas tempoh tersebut.

Tindakan PERAKU 2 boleh dibuat seperti biasa pada:

1 Julai 2024 (Isnin)

2.2

HASIL / TERIMAAN

Semua resit yang telah dikeluarkan:

·         Pada 30 Jun 2024 (Ahad) sehingga jam 12.00 tengahari, hendaklah dibuat Penyata Pemungut (diperaku 2) dan dibankkan selewat-lewatnya pada jam 2.00 petang pada hari yang sama.

Hasil/Terimaan selepas jam 12.00 tengahari 30 Jun 2024 (Ahad) hendaklah dibankkan pada:

1 Julai 2024 (Isnin)

MOHON PERHATIAN SEMUA PTJ DAN PEJABAT PEMUNGUT UNTUK MEMATUHI ARAHAN INI!

3.       Sukacita diingatkan bahawa semua PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 (empat belas) hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan  Perbendaharaan 103(a). Sekiranya tuan/puan GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.1 dan 2.2 di atas, tuan/puan dikehendaki mengemukakan SURAT TUNJUK SEBAB dan salinan diemelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 8 Julai 2024.

4.       Perhatian dan komitmen tuan/puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar.  Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila hubungi Unit Pengurusan Dana JANM Negeri Kelantan di talian : 09-7460273/274/277/294.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM NEGERI KELANTAN