Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa mulai 30 April 2024, semua PTJ di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Kelantan perlu menggunakan borang seperti di lampiran bagi permohonan kelulusan pembayaran emolumen melalui baucer berasingan.Borang permohonan perlu disediakan dalam dua (2) salinan bersama dokumen sokongan yang berkaitan.Borang permohonan boleh dimuat turun di portal JANM Negeri Kelantan.
Sila klik lampiran di bawah.
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI
JANM NEGERI KELANTAN