Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  2.   Dimaklumkan bahawa Pejabat JANM Negeri Kelantan akan ditutup kepada orang ramai pada 30 Disember 2021 (Khamis). Penutupan pejabat ini bagi tujuan kerja-kerja sanitasi bagi mengekang penularan wabak  Covid-19 susulan terdapat kes positif yang dilaporkan pada 29 Disember 2021.

  3.   Sehubungan itu, sepanjang tempoh penutupan berkenaan semua pegawai dan kakitangan JANM Negeri Kelantan akan Bekerja Dari Rumah (BDR). Semua urusan perkhidmatan kaunter  WTD akan dilaksanakan secara atas talian. Pelanggan yang mempunyai temu janji  pada hari berkenaan akan dimaklumkan bagi tujuan penjadualan semula.

  4.  Sebarang  pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan Jabatan boleh dikemukakan melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau berhubung terus dengan PIC Unit yang berkenaan iaitu Unit WTD ( 019-9500199), Unit Khidmat Pelanggan (017-9684636), Unit Naziran (012-9612379), Unit Pengurusan Prestasi (019-9190890), Unit Pengurusan Aset (017-2046869), Unit Pengurusan Dana (013-9586586), Unit Akaun (019-4693075), Unit Gaji (012-9064382) dan Unit Teknikal (014-9691272). Pejabat JANM Negeri Kelantan akan dibuka semula pada 2 Januari 2022 (Ahad).

Sekian, terima kasih.

JANM NEGERI KELANTAN