Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.        Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kunci masuk Kew.320 (SG20) dan simulasi bayaran gaji di peringkat PTJ adalah seperti berikut:

           a) Regular cycle (gaji bulan Januari 2022)  :  9 Januari 2022 (Ahad, 5.30 petang).

3.        Tuan/puan juga dipohon untuk mengambil tindakan sepertimana di bawah bagi mengelakkan daripada berlaku "ralat" semasa larian gaji oleh JANM Negeri Kelantan.

             a) Mengunci masuk maklumat dengan tepat sepertimana yang terdapat di Kew.320;

            b) Larian ZRPY001 (Laporan Perbezaan Taraf Pencen dan KWSP):

            c) Larian ZRPY115 (Laporan Kenaikan Gaji Tidak Mengikut KGT);

            d) Larian ZRPY110 (Senarai Tarikh Persaraan dan Tamat Kontrak);

            e) Simulasi gaji (ZRPY106); dan

            f)  Mengemaskini status simulasi gaji di ZRPY101.

Jika terdapat kesilapan, tindakan pembetulan perlu dilakukan oleh PTJ.

4.        Untuk makluman pihak tuan/puan jua capaian modul HCM akan dikunci pada 10 Januari 2022 (hingga proses larian selesai) bagi memberi laluan proses larian gaji Regular Cycle oleh JANM Negeri Kelantan. Tuan/puan jua dipohon untuk menyediakan Waran 0 bagi OS10000 dan OS29000 (bagi bayaran gaji MySTEP) mengikut kod PTJ dipertanggungkan dan Kod Aktiviti tahun 2022 selewat-lewatnya pada 3 Januari 2022 (5.30 petang). 

5.        Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI

JANM NEGERI KELANTAN