Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.        Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kunci masuk Kew.320 (SG20) dan simulasi bayaran gaji di peringkat PTJ adalah seperti berikut:

Bil Perkara Tarikh Akhir Kunci Masuk SG20 dan Simulasi di Peringkat PTJ Larian Gaji oleh JANM Negeri Kelantan
2.1 Daily Rated (gaji bulan November 2021) 24.11.2021 (Rabu)
5.30 petang
25.11.2021 (Khamis)
2.2 Daily Rated (gaji bulan Disember 2021) bagi pegawai yang kontrak bersambung hingga tahun 2022. 30.11.2021 (Selasa)
5.30 petang
01.12.2021 (Rabu)
2.3 Regular Cycle (gaji bulan Disember 2021)            02.12.2021 (Khamis)          (sistem akan ditutup pada
10.30 malam)
03.12.2021 (Jumaat)
 
3.        Tuan/puan dipohon untuk mengambil tindakan sepertimana di bawah bagi mengelakkan daripada berlaku "ralat" semasa larian gaji oleh JANM Negeri Kelantan.

            a) Mengunci masuk maklumat dengan tepat sepertimana yang terdapat di Kew.320;

            b) Larian ZRPY001 (Laporan Perbezaan Taraf Pencen dan KWSP) - RC:

            c) Larian ZRPY115 (Laporan Kenaikan Gaji Tidak Mengikut KGT)- RC;

            d) Larian ZRPY110 (Senarai Tarikh Persaraan dan Tamat Kontrak)-RC;

            e) Simulasi gaji (ZRPY106)-RC; dan

            f)  Mengemaskini status simulasi gaji di ZRPY101-RC.

Jika terdapat kesilapan, tindakan pembetulan perlu dilakukan oleh PTJ.

 

4.        Manakala bagi bayaran gaji Personel MySTEP yang dilakukan melalui Arahan Pembayaran, tuan/puan dipohon untuk mematuhi tarikh sepertimana di bawah: 

 
Bil Perkara Tarikh Akhir Peraku II Tarikh Akaun Penyelesaian L1311903 Berbaki Kosong
1  Gaji November 2021 29.11.2021 (Isnin) 29.11.2021 (Isnin)
2 Gaji Disember 2021 (bagi pegawai yang kontrak bersambung hingga tahun 2022.  08.12.2021 (Rabu) 13.12.2021 (Isnin)
3 Arahan Pembayaran (K2) bagi caruman KWSP dan SOCSO bagi gaji bulan November 29.11.2021 (Isnin) 29.11.2021 (Isnin)
4 Arahan Pembayaran (K2) bagi caruman KWSP dan SOCSO bagi gaji bulan Disember 08.12.2021 (Rabu) 13.12.2021 (Isnin)
 

5.        Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

UNIT GAJI

JANM NEGERI KELANTAN