Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.        Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kunci masuk Kew.320 (SG20) dan simulasi bayaran gaji di peringkat PTJ adalah seperti berikut:

           a) Daily rated (gaji bulan Oktober 2021)               : 1 November 2021 (Isnin, 5.30 petang)

           b) Regular cycle (gaji bulan November 2021)      : 9 November 2021  (Selasa, 5.30 petang)

3.        Bagi bayaran gaji Regular Cycle, tuan/puan juga dipohon untuk mengambil tindakan sepertimana di bawah bagi mengelakkan daripada berlaku "ralat" semasa larian gaji oleh JANM Negeri Kelantan.

            a) Mengunci masuk maklumat dengan tepat sepertimana yang terdapat di Kew.320;

            b) Larian ZRPY001 (Laporan Perbezaan Taraf Pencen dan KWSP):

            c) Larian ZRPY115 (Laporan Kenaikan Gaji Tidak Mengikut KGT);

            d) Larian ZRPY110 (Senarai Tarikh Persaraan dan Tamat Kontrak);

            e) Simulasi gaji (ZRPY106) sehingga status 'error free'; dan

            f)  Mengemaskini status simulasi gaji di ZRPY101.

Jika terdapat kesilapan bagi larian di atas, tindakan pembetulan perlu dilakukan oleh PTJ.

4.        Manakala bagi bayaran gaji Daily Rated, tuan/puan hendaklah memastikan potongan gaji  bagi pegawai MySTEP tidak dilakukan melalui Modul HCM.

5.       Untuk makluman pihak tuan/puan jua capaian modul HCM akan dikunci pada 10 November 2021 (Rabu, 8.00 pagi hingga proses larian selesai) bagi memberi laluan proses larian gaji Regular Cycle oleh JANM Negeri Kelantan. Manakala bagi bayaran gaji Personel MySTEP yang dilakukan melalui Arahan Pembayaran, tuan/puan dipohon untuk memastikan baki kod akaun L1311903 adalah BERBAKI KOSONG pada setiap hujung bulan.  

6.        Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

 

UNIT GAJI

JANM NEGERI KELANTAN