Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.       Untuk makluman tuan/puan, proses penutupan akaun bulanan bagi BULAN OKTOBER  akan bermula pada  28HB OKTOBER 2021 .  Sehubungan dengan itu, semua PTJ/Pejabat Pemungut dipohon untuk mengambil tindakan berikut :

         a. Arahan Pembayaran - tindakan PERAKU II hendaklah dibuat SEBELUM pukul 5.00 PETANG, 28HB OKTOBER 2021 dan TIADA perakuan yang boleh dibuat selepas itu. Perakuan II boleh dibuat seperti biasa pada 1 November 2021.

         b. Hasil /Terimaan - semua resit yang telah dikeluarkan sehingga jam 12.00 T/HARI, 31HB OKTOBER 2021 hendaklah dibuat Penyata Pemungut (diperaku II) dan dibankkan selewat-lewatnya pada jam 2.00 PETANG  (bergantung  kepada waktu operasi bank mengikut fasa yang ditetapkan). 

 3.      Semoga perkara ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari tuan/puan. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi Unit Pengurusan Dana JANM Kelantan di talian 09-7460 273/282/294/277.

Sekian, terima kasih.

 

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM NEGERI KELANTAN