Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.  Untuk makluman, pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan risalah berkenaan isu-isu dan tindakan berkaitan proses mewujudkan atau mengemaskini Kod Pembekal di Portal iGFMAS melalui edaran LCA Bil.3/2021. Sehubungan dengan itu, semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu memastikan tindakan-tindakan yang digariskan dalam risalah tersebut dipatuhi sepenuhnya. Bagi melicinkan proses semakan Pejabat Perakaunan ke atas dokumen yang dihantar melalui portal iGFMAS, pihak PTJ perlu memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi:

    a)  Pastikan pengguna yang diberikan peranan di setiap PTJ mempunyai akses capaian kepada Modul - Data Induk, Sub Modul - Maklumat Pembekal : Capaian -  Daftar dan Kemaskini di dalam Portal iGFMAS. Permohonan capaian boleh dibuat melalui iGFMAS Service Desk (SOLMAN) menggunakan borang Kew.290E-01.

    b)  Pewujudan dan pengemaskinian Kod Pembekal PANS/NOTE di Portal iGFMAS boleh dibuat seperti berikut:

          “Pilih Modul Data Induk > Maklumat Pembekal > Daftar atau Kemaskini”

    c)  Proses pewujudan atau pengemaskinian Kod pembekal di Portal iGFMAS perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum PTJ menghantar dokumen sokongan secara 'Hard Copy' ke Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan (UKPP) JANM Negeri KelantanNombor dokumen yang dikunci masuk hendaklah dicatat dimuka hadapan dokumen sokongan ataupun PTJ boleh mencetak Maklumat Pembekal yang berkaitan selepas kunci masuk selesai dilaksanakan dan sertakan sekali sebagai dokumen sokongan.

    d)  PTJ perlu menghantar dokumen sokongan yang lengkap ke JANM Negeri Kelantan dalam tempoh 2 hari bekerja untuk proses kelulusan semak Pejabat Perakaunan. Pihak kami akan KUIRI dokumen yang ada dalam Senarai Tugasan Harian (STH) tetapi belum ada dokumen sokongan untuk semakan.

3.   Sukacita diingatkan bahawa pematuhan dan pelaksanaan tatacara ini bermula 10 Oktober 2021. Perhatian dan kerjasama semua PTJ amatlah diharapkan bagi melicinkan urusan semakan dan kelulusan. Bersama ini disertakan Edaran LCA Bil. 3/2021 untuk rujukan tuan/puan. Sebarang pertanyaan dan persoalan yang berbangkit berkaitan perkara ini bolehlah menghubungi Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan di talian 09-7460200 sambungan 224/230/223.

LCABIL3

Sekian, terima kasih.

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN PELANGGAN (UKPP)

JANM NEGERI KELANTAN