Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa selaras dengan surat edaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) rujukan JPA.800-3/2/1(29) bertarikh 23 April 2021, Kerajaan telah bersetuju supaya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2021 dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM500. Merujuk kepada surat JPA tersebut, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2021 ini akan dibayar pada 6 Mei 2021 iaitu serentak dengan tarikh pembayaran gaji Penjawat Awam Persekutuan bagi bulan Mei 2021.
Sebagai persediaan awal, semua PTJ dibawah seliaan Pejabat Perakaunan (AO 1003) JANM Negeri Kelantan dipohon untuk menyemak status kelayakan semua pegawai yang berada di PTJ YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan termasuk pegawai yang ditangguhkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2021 selaras dengan pekeliling di atas. Kriteria kelayakan bayaran adalah sepertimana dinyatakan dalam surat edaran tersebut.
Senarai nombor gaji pegawai yang TIDAK LAYAK dibayar Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2021 hendaklah dikemukakan kepada Unit Gaji JANM Kelantan (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) menggunakan Microsoft Excel selewat-lewatnya sebelum atau pada 26 April 2021.

Sekian, terima kasih.

Unit Gaji
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Kelantan
25 April 2021