Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.        Adalah dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah melaksanakan pengujian penuh penggunaan GPKI Agent 3.0 Release 1.0.0.1 ke atas semua transaksi yang menggunakan Perkhidmatan MyGPKI di dalam Sistem iGFMAS. Pengujian telahpun selesai dan berjaya dilaksanakan sepenuhnya.

3.        Sehubungan itu, bagi melancarkan penggunaan Perkhidmatan MyGPKI di dalam Sistem iGFMAS, YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan dimohon untuk memuat turun GPKI Agent 3.0 Release 1.0.0.1 melalui Portal GPKI di https://gpki.mampu.gov.my dan membuat pemasangan agent berkenaan bermula pada 8 Februari 2021 (Isnin).

4.        Untuk sebarang permasalahan dari penggunaan GPKI Agent 3.0 Release 1.0.0.1 ini, YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan boleh membuat pertanyaan atau aduan melalui Sistem GPKI Desk di pautan https://gpkidesk.mampu.gov.my.

Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pentadbir GPKI
MAMPU, JPM