rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

LAWATAN KERJA TIMBALAN AKAUNTAN NEGARA (OPERASI) KE JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM)

YBrs. Tn. Dr. Yacob Bin Mustafa, Timbalan Akauntan Negara (Operasi) telah mengadakan lawatan kerja ke JANM Negeri Kelantan pada 14 Februari 2019.
Lawatan turut disertai oleh YBrs. En. Jafril Bin Junit, Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP), Pn. Noorhaslenda Binti Abdullah, Timbalan Pengarah Seksyen Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (SKPSM), Pn. Rosnani Binti Mohamad@Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Kanan SKPSM dan En. Che Wan Muhammed Salleh Bin Wan Adnan, Penolong Pengarah Kanan SKPSM.
Rombongan lawatan telah diberikan taklimat ringkas diikuti dengan sesi dialog bersama pegawai JANM Negeri Kelantan yang terdiri dari Ketua Seksyen dan Ketua Unit. Seterusnya ahli rombongan telah dibawa melawat pejabat dan beramah mesra dengan warga JANM Negeri Kelantan.

lawatan TAN O 14022018