Assalamualaikum dan salam sejahtera,
YBhg. Dato'/Datin/Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa selaras dengansurat daripada Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.NBO(R)600-9/1/367JILID.2(
3. Sehubungan dengan itu, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan membuka sekatan overbajet OS17000 di iGFMAS bagi tempoh 10 Mac 2026 (Selasa) sehingga 19 Mac 2026 (Khamis). Pembukaan sekatan overbajet adalah bagi membenarkan Pusat Tanggungjawab (PTJ) menyediakan Arahan Pembayaran (K2) kepada pegawai yang layak menerima BKK yang tidak diproses melalui Sistem Emolumen Berkomputer Modul Human Capital Management (HCM) mengikut tarikh yang ditetapkan. Pembayaran overbajet bagi OS17000 untuk BKK ini adalah selaras dengan surat Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa sebarang keperluan peruntukan tambahan akan diselaraskan oleh Perbendaharaan pada akhir tahun 2026.
4. Justeru, PTJ hendaklah diingatkan bagi perkara berikut:
i. Pembayaran BKK ini disemak rapi agar tiada keciciran bagi pegawai yang layak dan hendaklah disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan.
ii. Sebarang keciciran pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) dalam tempoh pembukaan
iii. PTJ adalah bertanggungjawab untuk memastikan pembayaran BKK tidak dibuat pembayaran dua(2) kali kepada pegawai yang layak.
5. PTJ juga perlu mematuhi tatacara bayaran sepertimana di Para 3.4.2 hingga 3.7 Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 1 Tahun 2026, mengisi nombor rujukan buletin ini dengan jelas di ruangan Perihal Bayaran semasa penyediaan Arahan Pembayaran dan memastikan Arahan Pembayaran berstatus “80” sebelum atau selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari, 19 Mac 2026 (Khamis).
6. Arahan ini hanya terpakai bagi bayaran BKK Tahun 2026 melalui Arahan Pembayaran sehingga 19 Mac 2026 sahaja. Sebarang bayaran BKK Tahun 2026 melalui Arahan Pembayaran selepas tarikh tersebut perlu dikemukakan kepada JANM Negeri Kelantan untuk kelulusan.
Kerjasama pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"



