Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Tuan/Puan,
ARAHAN OPERASI PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN JANUARI 2026
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan/puan, proses penutupan akaun bulanan bagi bulan JANUARI 2026 akan bermula pada 29 Januari 2026 (Khamis). Sehubungan itu semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan semua Pejabat Pemungut hendaklah mengambil
3. Sukacita diingatkan bahawa semua PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 (empat belas) hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 103(a) dan prosedur mengakaunkan hasil/terimaan yang telah ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan 78(a), 78(b) dan 78(c). Sekiranya tuan/puan GAGAL mematuhi araha
4. Perhatian dan komitmen tuan/puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar. Tuan/Puan dinasihatkan untuk merancang cuti rehat pegawai dan pergerakan tugas rasmi/kursus pegawai di luar pejabat yang terlibat dengan proses kerja bayaran dan hasil/terimaan serta mengelakkan tindakan penyelesaian bayaran dan memasukkan terimaan ke bank pada saat-saat akhir. Semoga urusan tuan/puan dipermudahkan. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila hubungi Unit Pengurusan Dana, Jabatan Akauntan Negara
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan"
Saya yang menjalankan amanah,
MOHD FADZIL BIN JAINI C.A.(M)
Ketua Unit Pengurusan Dana
Seksyen Operasi
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Kelantan
Tel: 09-7460 273
Emel:



