Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kelantan akan mengadakan taklimat tersebut seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 21 Ogos 2025 (Khamis)
Masa : 08.30 pagi – 2.30 petang (Aturcara seperti di lampiran)
Tempat : Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu, Kelantan
3. Kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dipohon untuk mencalonkan dua orang peserta daripada PTJ biasa dan seorang untuk PTJ sekolah khususnya pegawai yang terlibat secara langsung dalam pengurusan terimaan untuk menghadiri sesi taklimat ini. Pegawai yang hadir ke sesi taklimat ini hendaklah menyampaikan maklumat kepada semua pegawai yang terlibat di bawah jabatan masing-masing. Mohon untuk mengemukakan pengesahan kehadiran dan pendaftaran selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2025 (Selasa) melalui pautan https://forms.gle/kYUQWmDxbdyYJJPv6.
4. Sebarang pertanyaan berkaitan program ini, sila hubungi Cik Siti Shahirah binti Sobri di talian 09-7460281, Puan Nurhanis binti Mohd Noor di talian 09-7460280 dan En. Mohd Hazman bin Ahmad di talian 09-7460275.
Sekian,terima kasih.
UNIT AKAUN
JANM NEGERI KELANTAN



