No Rujukan: JANM.KEL.600-1/3/1 Bil.( 6 )
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
PELANTIKAN POS MALAYSIA BERHAD SEBAGAI AGENSI PUKAL BAGI KEMUDAHAN BAYARAN PUKAL JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan emel punca kuasa Surat Edaran BPOPP Bilangan 7 Tahun 2025 rujukan: BPOPP/SPO (Emel)/2025 (179) bertarikh 24 Jun 2025 adalah berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pos Malaysia Berhad (POS) telah mendapat kelulusan untuk menggunakan Kemudahan Bayaran Pukal Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (kod agensi: 2000000041) pada 12 Januari 2024 bagi perkhidmatan penghantaran (kurier) dokumen dan barang-barang domestik dan luar negara secara pos laju kepada Kementerian/Jabatan Persekutuan. Perjanjian Kemudahan Bayaran Pukal JANM antara Kerajaan Malaysia dan POS telah dimuktamadkan dan berkuatkuasa bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2026. Pengujian integrasi terhadap sistem agensi dengan sistem iGFMAS juga telah berjaya dilaksanakan pada 5 hingga 7 Mei 2025 yang lalu.
3. Sehubungan itu, bagi melicinkan lagi proses pembayaran bil POS secara pukal, tuan/puan dikehendaki mengambil perhatian dan tindakan bagi perkara-perkara berikut:
3.1) Tindakan mewujudkan akaun pukal dengan menghantar borang Kew.310e kepada agensi bermula pada 1 Julai 2025. Penghantaran borang ini adalah melalui sistem iGFMAS seperti Garis Panduan Mewujudkan Akaun Pukal yang dilampirkan bersama. Setelah membuat permohonan di sistem iGFMAS, PTJ hendaklah mencetak jana borang tersebut dan hantar secara emel ke Jabatan ini; dan,
3.2) PTJ hendaklah menyelesaikan semua tunggakan bil/invois terlebih dahulu sebelum mewujudkan akaun pukal (hanya akaun yang tidak mempunyai tunggakan sahaja dibenarkan untuk dibayar melalui Kemudahan Bayaran Pukal). Bagi maksud ini, PTJ hendaklah mengemukakan salinan Arahan Pembayaran bil POS bulan Jun 2025 sebagai bukti pembayaran telah selesai dan tiada tunggakan.
Keperluan dokumentasi bagi para 3.1 dan 3.2 di atas hendaklah dihantar secara emel terus kepada
4. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini pihak tuan/puan boleh terus berhubung dengan pegawai kami iaitu Encik Mohd Khairul Azuan bin Kadir di talian 09-7460 284 untuk penjelasan lanjut.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI KELANTAN



