rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kunci masuk Kew.320 (SG20) dan simulasi bayaran gaji bagi Daily Rated  Jun dan Regular Cycle Julai 2025 di peringkat PTJ adalah seperti berikut:

Bil

Perkara

Tarikh Akhir Kunci Masuk SG20 dan Simulasi di Peringkat PTJ

2.1

Daily Rated (gaji bulan Jun 2025)

01.07.2025 (Selasa)

2.2

Regular Cycle (gaji bulan Julai 2025)

07.07.2025 (Isnin) 

(sistem akan ditutup pada 4.00 petang)

3.    Tuan/Puan juga dipohon untuk mengambil tindakan sepertimana di bawah bagi mengelakkan daripada berlaku "ralat" semasa larian gaji oleh JANM Negeri Kelantan.

       a) Mengunci masuk maklumat dengan tepat sepertimana yang terdapat di Kew.320 (Pegawai Penyemak bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan Laporan Edit Pembayaran Gaji dengan Borang Perubahan Gaji (Kew. 320) bagi memastikan maklumat yang dikunci masuk tepat dan betul);

       b) Larian ZRPY001 (Laporan Perbezaan Taraf Pencen dan KWSP);

       c) Larian ZRPY115 (Laporan Kenaikan Gaji Tidak Mengikut KGT);

       d) Larian ZRPY110 (Senarai Tarikh Persaraan dan Tamat Kontrak);

       e) Simulasi gaji (ZRPY106); dan

       f) Mengemaskini status simulasi gaji di ZRPY101.

Sila pastikan simulasi gaji berstatus "error-free". Sekiranya simulasi di peringkat PTJ berstatus "error" (warna kuning atau merah), tindakan pembetulan perlu dilakukan sehingga simulasi bertukar kepada "error-free". 

4.    Manakala bagi bayaran gaji Personel MySTEP melalui Arahan Pembayaran,  pihak  Tuan/Puan  dimohon untuk membuat caruman PERKESO di IT0197 (Employee Social Security).  Pihak Tuan/Puan jua perlu memastikan kod akaun L1311903 adalah BERBAKI KOSONG pada setiap hujung bulan (tertakluk kepada tarikh yang ditetapkan oleh Unit Pengurusan Dana JANM Negeri Kelantan).

5.    PTJ yang gagal melaksanakan proses simulasi gaji dalam tempoh yang ditetapkan akan dikehendaki untuk mengemukakan Surat Tunjuk Sebab yang ditandatangani oleh Ketua Jabatan bagi menyatakan sebab dan punca kegagalan melaksanakan simulasi gaji tersebut.

6.    Kerjasama pihak Tuan/Puan dalam perkara ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

UNIT GAJI

JANM NEGERI KELANTAN