Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
PINDAAN TARIKH : ARAHAN OPERASI PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN MAC 2025
Dengan segala hormatnya merujuk kepadaperkara di atas dan emel arahan operasi penutupan akaun bulanan bagi bulan Mac 2025 rujukan: JANM.KEL.600-1/3/22 Bil.( 22 ) bertarikh 19 Mac 2025 adalah berkaitan.
2. Untuk makluman tuan/puan, terdapat pindaan tarikh berkaitan proses penutupan akaun bulanan bagi bulan Mac 2025 disebabkan Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan Ahad (30 Mac 2025) sebagai Hari Kelepasan Am sempena Hari Raya Aidilfitri. Sehubungan itu semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan semua Pejabat Pemungut hendaklah mengambil perhatian dan tindakan seperti berikut:

3. Sukacita diingatkan sekali lagi bahawa semua PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 (empat belas) hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 103(a) dan prosedur mengakaunkan hasil/terimaan yang telah ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan 78(a), 78(b) dan 78(c). Sekiranya tuan/puan GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.1 dan 2.2 di atas, tuan/puan dikehendaki mengemukakan SURAT TUNJUK SEBAB dan salinan diemelkan ke
4. Perhatian dan komitmen tuan/puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar. Tuan/Puan dinasihatkan untuk merancang cuti rehat pegawai dan pergerakan tugas rasmi/kursus pegawai di luar pejabat yang terlibat dengan proses kerja bayaran dan hasil/terimaan serta mengelakkan tindakan penyelesaian bayaran dan memasukkan terimaan ke bank pada saat-saat akhir. Semoga urusan tuan/puan dipermudahkan. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila hubungi Unit Pengurusan Dana, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kelantan (JANM Kelantan) di talian 09-7460200 samb. 273/274/277/294.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI KELANTAN



