rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/

Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PEMBUKAAN SEKATAN OVERBAJET BAGI OS17000 UNTUK BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI (BKKA) PENJAWAT AWAM TAHUN 2025 MELALUI ARAHAN PEMBAYARAN iGFMAS

 Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Dimaklumkan bahawa selaras dengan surat daripada Kementerian Kewangan Malaysia rujukan  MOF.NBO(R)600-8/2/35JILID.2(6) bertarikh 21 MAC 2025, Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Tahun 2025 telah ditetapkan pada 27 Mac 2025 (Khamis). 

 3.       Sehubungan dengan itu, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan membuka sekatan overbajet di sistem iGFMAS bagi *bagi tempoh 24 Mac 2025 (Isnin) sehingga 27 Mac 2025 (Khamis).  Pembukaan sekatan overbajet adalah bagi membenarkan Pusat Tanggungjawab (PTJ) menyediakan Arahan Pembayaran melalui Modul Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Tempatan (K2) kepada pegawai yang layak menerima  BKKA Penjawat Awam Tahun 2025  yang tidak diproses melalui Sistem Emolumen Berkomputer Modul Human Capital Management (HCM) pada tarikh yang telah ditetapkan. Pembayaran overbajet bagi OS17000 untuk bantuan khas ini adalah selaras dengan surat Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa sebarang keperluan peruntukan tambahan  akan diselaraskan oleh Perbendaharaan pada akhir tahun 2025.

4.     Justeru, PTJ hendaklah diingatkan agar pembayaran BKKA Penjawat Awam Tahun 2025 ini disemak rapi agar tiada keciciran bagi pegawai yang layak dan hendaklah disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan. Sebarang keciciran pembayaran dalam tempoh pembukaan sekatan overbajet hendaklah disempurnakan melalui HCM pada bulan berikutnya. PTJ adalah bertanggungjawab untuk memastikan pembayaran bantuan khas tersebut tidak dibuat pembayaran dua(2) kali kepada pegawai yang layak. 

5.       PTJ juga perlu mematuhi tatacara bayaran dengan mengisi nombor rujukan buletin ini dengan jelas di ruangan Perihal Bayaran semasa penyediaan Arahan Pembayaran dan memastikan Arahan Pembayaran berstatus “80” sebelum atau selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari, 27 Mac 2025 (Khamis).

 JANMKEL.600-1/1/4 (38)

 Sila klik di sini

6.       Arahan ini hanya terpakai bagi bayaran BKKA Tahun 2025 melalui Arahan Pembayaran sehingga 27 Mac 2025 sahaja. Sebarang bayaran BKKA Tahun 2025 melalui Arahan Pembayaran selepas tarikh tersebut perlu dikemukakan kepada JANM Negeri Kelantan untuk kelulusan.

7. Kerjasama pihak Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

TIMBALAN PENGARAH

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI KELANTAN