Semua Ketua Jabatan Persekutuan/
Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PEMBAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2025 MELALUI ARAHAN PEMBAYARAN iGFMAS
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa selaras dengan surat daripada Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.NBO(S)600-8/5/35(94) bertarikh 22 Januari 2025, Bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Tahun 2025 yang ditetapkan pembayaran pada 25 Februari 2025 (Selasa).
3. Sehubungan dengan itu, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan membuka sekatan overbajet OS17000 di iGFMAS bagi tempoh 20 Februari 2025 (Khamis) sehingga 04 Mac 2025 (Selasa). Pembukaan overbajet ini adalah untuk membenarkan Pusat Tanggungjawab (PTJ) menyediakan Arahan Pembayaran melalui Modul Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Tempatan (K2) kepada pegawai yang layak menerima BKK Tahun 2025 namun tidak diproses melalui Sistem Emolumen Berkomputer Modul Human Capital Management (HCM) pada bulan Februari 2025.
4. PTJ hendaklah memastikan pembayaran BKK Tahun 2025 disemak dengan teliti bagi memastikan tiada keciciran bagi pegawai yang layak dan hendaklah disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan. Sebarang keciciran pembayaran dalam tempoh pembukaan sekatan overbajet hendaklah disempurnakan melalui HCM pada bulan berikutnya.PTJ adalah bertanggungjawab untuk memastikan pembayaran BKK Tahun 2025 tidak dibuat pembayaran dua (2) kali kepada pegawai yang layak.
5. PTJ juga perlu mematuhi tatacara bayaran sepertimana di Para 3.4.2 dan 3.7 Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 1 Tahun 2025, mengisi nombor rujukan buletin ini dengan jelas di ruangan Perihal Bayaran semasa penyediaan Arahan Pembayaran dan memastikan Arahan Pembayaran berstatus “80” sebelum atau selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari, 04 Mac 2025 (Selasa).
JANMKEL.600-1/1/4 (29)
6. Arahan ini hanya terpakai bagi bayaran BKK Tahun 2025 melalui Arahan Pembayaran sehingga 04 Mac 2025 sahaja. Sebarang bayaran BKK Tahun 2025 melalui Arahan Pembayaran selepas tarikh tersebut perlu dikemukakan kepada JANM Negeri Kelantan untuk kelulusan.
7. Kerjasama pihak Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
PENGARAH
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA



