Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Bersama-sama ini dipanjangkan Jadual Proses Bayaran Gaji Tahun 2025 TERKINI (selepas sedikit pindaan tarikh) daripada JANM Negeri Kelantan untuk makluman pihak tuan/ puan selanjutnya. Sukacita dimaklumkan penetapan tarikh-tarikh ini adalah merujuk kepada SPANM Bil. 5 Tahun 2024 - TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN EMOLUMEN TAHUN 2025. Sila rujuk juga fasa 3.2.4 SPANM Bil 5 Tahun 2024 - Pembayaran Emolumen Bagi Pekerja Bergaji Hari untuk panduan pihak tuan/ puan selanjutnya.
Sebarang pindaan kepada tarikh ini (sekira ada) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada pihak tuan / puan.
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI
JANM NEGERI KELANTAN



