rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

 1.            TUJUAN

 

1.1   Surat edaran ini adalah bertujuan untuk memaklumkan tarikh akhir proses dokumen kewangan tahun 2024 oleh Kementerian/Jabatan bagi melancarkan urusan penutupan akaun dan penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan tahun kewangan 2024.

1.2   Selaras dengan surat Kementerian Kewangan rujukan MOF.NBO(S)600-9/1/297 JLD.2(41) bertarikh 13 November 2024, tarikh akhir Bayaran bagi Perbelanjaan Mengurus (OE) dan Perbelanjaan Pembangunan (DE) tahun 2024 adalah pada 06 Disember 2024 atau tarikh akhir yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa. Tiada tempoh Akaun Kena Bayar (AKB) selepas tarikh tersebut.

.

  2.       PELAKSANAAN

 

2.1  TARIKH AKHIR PROSES DOKUMEN KEWANGAN

 

Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan segera untuk mendapatkan semua bil dan tuntutan bagi semua perbelanjaan bekalan, perkhidmatan dan kerja yang telah disempurnakan dan memastikan bahawa baucar bayaran yang dikemukakan ke JANMKEL adalah lengkap, sempurna dan teratur bagi mengelakkan baucar bayaran tersebut dikuiri atau ditolak.

Baucar bayaran yang lengkap dan teratur hendaklah dikemukakan ke JANMKEL dengan segera dan tidak pada saat-saat akhir. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan beban kerja yang tinggi di akhir tahun yang mungkin mengakibatkan baucar bayaran berkenaan tidak dapat diproses pada tahun kewangan 2024. Tarikh akhir proses dokumen kewangan bagi tahun kewangan 2024 telah ditetapkan seperti berikut:

 

Bil

 

JENIS DOKUMEN KEWANGAN

Tarikh Akhir

Belanja

Mengurus dan

Pembangunan

SELAIN

Belanja

Mengurus dan

Pembangunan

1.

Pesanan Kerajaan (termasuk kuiri)

05 Disember

2024

(Khamis)

30 Disember

2024

(Isnin)

2.

Penerimaan Bekalan & Perkhidmatan 

Fulfillment Received Notes (FRN), Goods/Services Received Notes (GRN) (Peraku II)

05 Disember

2024

(Khamis)

30 Disember

2024

(Isnin)

3.

Arahan Pembayaran (Peraku II) 1

06 Disember

2024

(Jumaat)

31 Disember

2024

(Selasa)

4.

Arahan Pembayaran - Kuiri 

(Peraku II) 1

06 Disember

2024

(Jumaat)

31 Disember

2024

(Selasa)

5.

Baucar Jurnal 

Semua Baucar Jurnal Pelarasan

06 Disember

2024

(Jumaat)

31 Disember

2024

(Selasa)

6.

Waran Peruntukan  

31 Disember 2024

(Selasa)

 

7.

Terimaan

i.        Invois (AR)

ii.       Resit

iii.      Penyata Pemungut

 

31 Disember 2024

(Selasa)

1-     Tarikh akhir di atas adalah tertakluk kepada pindaan (sekiranya ada) yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa. 

2.2   PEMPROSESAN DOKUMEN           KEWANGAN     SELEPAS     TARIKH  YANG DITETAPKAN

 

Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab memastikan bahawa perkhidmatan/bekalan/kerja (yang dipertanggungkan di bawah Vot Mengurus), yang diterima/dilaksana dalam tahun 2024 tetapi tidak dibayar pada tarikh yang telah ditetapkan, maka bayaran berkenaan perlu menggunakan peruntukan Vot Mengurus tahun 2025 di bawah Arahan Perbendaharaan (AP) 58(a). Bagi bayaran sedemikian, kelulusan pembayaran di bawah AP58(a) hendaklah diperoleh terlebih dahulu selaras dengan SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran yang berkuat kuasa.

2.3  GARIS PANDUAN

 

Surat Pekeliling ini mengandungi garis panduan seperti berikut:

2.3.1

Lampiran A

:

Garis Panduan Tarikh Akhir Proses Dokumen Kewangan  Bagi Tahun Kewangan 2024

2.3.2

  

2.3.3

Lampiran B

 Lampiran C

:

  

:

 Garis Panduan Perakaunan Aset dan Inventori Bagi  Tahun Kewangan 2024

Garis Panduan Proses Penutupan Akhir Tahun (Pesanan  Kerajaan iGFMAS)

 3.       PENUTUP

 

3.1      Semua Ketua Jabatan/PTJ diminta untuk merancang dengan teliti pengurusan kewangan dan memastikan penyerahan dokumen kewangan serta semua urusan pemprosesan waran peruntukan, bayaran, terimaan dan perakaunan bagi Tahun 2024 dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.

3.2      Perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sebarang kemusykilan berkaitan dengan surat ini bolehlah berhubung dengan pegawai-pegawai Jabatan ini untuk penjelasan lanjut di talian berikut:

          Unit Pengurusan Dana       :         09-7460273/274/277/294 

          Unit Akaun                          :         09-7460281/282/279/275
         

          Unit Gaji                              :         09-7460236/239/242/240

          Unit Pengurusan Aset        :          09-7460269/265/264/256 

Sila klik di sini

Sekian,terima kasih.

 

UNIT AKAUN

JANM NEGERI KELANTAN