YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (SPANM) 6 TAHUN 2024 - PERATURAN PEMBAYARAN PELARASAN GAJI UNTUK PELAKSANAAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 6 Tahun 2024 - Peraturan Pembayaran Pelarasan Gaji Untuk Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Persekutuan bertarikh 25 September 2024. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Kementerian/Jabatan mengenai Peraturan Pembayaran Pelarasan Gaji untuk Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi memastikan pelaksanaan pembayaran pelarasan gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dapat dilaksanakan dengan tepat dan betul dalam tempoh masa yang ditetapkan.
3. Untuk makluman YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan, SPANM Bilangan 6 Tahun 2024 boleh dimuat turun melalui Portal JANM (www.anm.gov.my) untuk rujukan selanjutnya. Surat pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ia dikeluarkan dan pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan hendaklah memastikan peraturan yang ditetapkan dalam surat pekeliling ini dipatuhi.
4. Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian,terima kasih.
UNIT GAJI
JANM NEGERI KELANTAN



