rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

ARAHAN OPERASI PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN SEPTEMBER 2024

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Untuk makluman tuan/puan, proses penutupan akaun bulanan bagi bulan September 2024 akan bermula pada 26 September 2024 (Khamis). Sehubungan itu semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan semua Pejabat Pemungut hendaklah mengambil perhatian dan tindakan seperti berikut: 

dANA

3.       Sukacita diingatkan bahawa semua PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 (empat belas) hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 103(a) dan prosedur mengakaunkan hasil/terimaan yang telah ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan 78(a) dan 78(b). Sekiranya tuan/puan GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.1 dan 2.2 di atas, tuan/puan dikehendaki mengemukakan SURAT TUNJUK SEBAB dan salinan diemelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 7 Oktober 2024.

4.       Perhatian dan komitmen tuan/puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar.  Tuan/Puan dinasihatkan untuk merancang cuti rehat pegawai dan pergerakan tugas rasmi/kursus pegawai di luar pejabat yang terlibat dengan proses kerja bayaran dan hasil/terimaan. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila hubungi Unit Pengurusan Dana JANM Negeri Kelantan di talian : 09-7460273/274/277/294. 

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM NEGERI KELANTAN