faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya  merujuk kepada perkara di atas dan emel dari Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat Dan Agensi (BPOPA), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) berkaitan Penutupan Operasi Cawangan Bank pada 17 September 2024 (Selasa) rujukan tarikh 8 September 2024 adalah berkaitan.

2.       Untuk makluman tuan/puan, pihak bank-bank utama JANM telah mengambil tarikh 17 September 2024 (Selasa) sebagai cuti pelepasan yang memberi kesan kepada penutupan operasi cawangan bank-bank berkenaan pada tarikh tersebut.

3.       Sehubungan itu, tuan/puan disarankan untuk membuat perancangan urusan ke bank lebih awal khususnya melibatkan tindakan memasukkan terimaan Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) ke Bank Terimaan JANM Kelantan dan mengakaunkan terimaan tersebut di sistem iGFMAS termasuk terimaan melalui ePembayaran (ePayment) jika ada. Sukacita diingatkan kepada tuan/puan supaya mematuhi Arahan Perbendaharaan (AP) 78(a) iaitu:

       Semua terimaan di tangan hendaklah dimasukkan ke Akaun Bank Kerajaan dan diperakaunkan oleh Pemungut pada HARI YANG SAMA jika:

i)  Terimaan wang kertas dan duit syiling melebihi RM1,000; dan

ii)  Jumlah terimaan termasuk wang kertas, duit syiling, cek dan kiriman wang melebihi RM2,500; atau

iii) Terimaan wang kertas dan duit syiling melebihi RM3,000 bagi terimaan di luar negeri, dan

iv) Jumlah terimaan termasuk wang kertas, duit syiling dan cek melebihi RM4,000 bagi terimaan di luar negeri.

Jika wang pungutan lewat diterima atau diterima pada cuti, tugas ini hendaklah dilakukan pada hari kerja berikutnya.

4.       Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan berkaitan perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM NEGERI KELANTAN