Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas,
2. Untuk makluman tuan/puan, tarikh akhir tindakan PTJ bagi proses penutupan akaun BULAN SEPTEMBER 2024 adalah seperti berikut :-
BIL |
PERKARA |
TARIKH AKHIR |
CATATAN |
|
PERAKU 2 ARAHAN PEMBAYARAN REKUPMEN PANJAR |
PENERIMAAN REKUPMEN |
|||
1 |
PANJAR WANG RUNCIT |
22 SEPTEMBER 2024 (AHAD) |
23 SEPTEMBER 2024 (ISNIN) |
Penetapan tarikh tersebut setelah mengambil kira cuti Hari Keputeraan KDYMM Sultan Kelantan pada 29 & 30 September 2024. |
2 |
PANJAR KHAS |
22 SEPTEMBER 2024 (AHAD) |
23 SEPTEMBER 2024 (ISNIN) |
3. Sehubungan dengan itu, semua PTJ dikehendaki mengambil perhatian sewajarnya berkenaan tarikh akhir di atas bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar. Sekiranya terdapat Arahan Pembayaran Rekupmen Panjar yang dibuat selepas tarikh di atas, ianya akan dikuiri oleh Unit Pengurusan Dana, JANM Kelantan.
4. Di samping itu juga, mohon kerjasama semua PTJ memastikan baki tunai di tangan pada tarikh 23 September 2024 adalah bersamaan dengan apungan yang diluluskan.
5. Sebarang pertanyaan dan kesulitan mengenai perkara ini sila hubungi Unit Akaun, JANM Kelantan di talian 09-7460 279/280/281/282.
Sekian, terima kasih.
UNIT AKAUN
JANM NEGERI KELANTAN