Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
No Rujukan : JANM.KEL.600-1/3/17 (44)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
ARAHAN OPERASI PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN MAC 2024
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan/puan, proses penutupan akaun bulanan bagi bulan Mac 2024 akan bermula pada 30 Mac 2024. Sehubungan itu, semua PTJ / Pejabat Pemungut dimohon untuk mengambil tindakan seperti berikut :
BIL |
PERKARA |
TARIKH AKHIR |
CATATAN |
2.1 |
ARAHAN PEMBAYARAN |
Tindakan PERAKU II hendaklah dibuat SEBELUM jam 4.00 petang 30 Mac 2024 (Sabtu) dan TIADA perakuan yang boleh dibuat selepas itu. |
Perakuan II boleh mula dibuat seperti biasa pada 1 April 2024 (Isnin). |
2.2 |
HASIL / TERIMAAN |
Semua resit yang telah dikeluarkan sehingga jam 12.00 tengahari, 31 Mac 2024 (Ahad) hendaklah dibuat penyata pemungut (diperaku II) dan di bankkan selewat-lewatnya pada jam 2.00 petang. MOHON PERHATIAN SEMUA PTJ UNTUK MEMATUHI ARAHAN INI ! |
Terimaan selepas jam 12.00 tengahari, 31 Mac 2024 hendaklah diperakaunkan bermula pada 1 April 2024 (Isnin). |
2.3. Adalah diingatkan bahawa PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan
Perbendaharaan 103(a).
2.4. Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.1 dan 2.2, sila kemukakan SURAT TUNJUK SEBAB dan salinan diemelkan ke
3. Perhatian dan komitmen tuan/puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi Unit Pengurusan Dana JANM Negeri Kelantan di talian : 09-7460 273/274/277/294.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI KELANTAN