rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

No Rujukan : JANM.KEL.600-1/3/17 (36)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

ARAHAN OPERASI PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN JANUARI 2024


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, 

2.    Untuk makluman tuan/puan, proses penutupan akaun bulanan bagi bulan JANUARI 2024 akan bermula pada 30 JANUARI 2024. Sehubungan itu, semua PTJ / Pejabat Pemungut dimohon untuk mengambil tindakan seperti berikut :

BIL

PERKARA

TARIKH AKHIR

CATATAN

2.1

ARAHAN PEMBAYARAN

Tindakan PERAKU II hendaklah dibuat SEBELUM jam 5.00 petang 30 Januari 2024 (Selasa) dan TIADA perakuan yang boleh dibuat selepas itu.

Perakuan II boleh mula dibuat seperti biasa pada 1 Februari 2024 (Khamis).

2.2

HASIL / TERIMAAN

Semua resit yang telah dikeluarkan sehingga jam 12.00 tengahari, 31 Januari 2024 (Rabu) hendaklah dibuat penyata pemungut (diperaku II) dan di bankkan selewat-lewatnya pada jam 2.30 petang.

MOHON PERHATIAN SEMUA PTJ UNTUK MEMATUHI ARAHAN INI ! 

Terimaan selepas jam 12.00 tengahari, 31 Januari 2023 hendaklah diperakaunkan bermula pada 1 Februari 2024 (Khamis).

    2.3.   Adalah diingatkan bahawa PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan  

            Perbendaharaan 103(a). 

   2.4.   Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.1 dan 2.2, sila kemukakan SURAT TUNJUK SEBAB dan salinan diemelkan ke 

            Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 8 Februari 2024.



3.     Perhatian dan komitmen tuan/puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar.  Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi Unit Pengurusan Dana JANM Negeri Kelantan di talian : 09-7460 273/274/277/294.

Sekian, terima kasih.

 

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM NEGERI KELANTAN