Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan emel terdahulu bertarikh 03 Disember 2023 berkaitan Proses Arahan Pembayaran Panjar Wang Runcit Dan Panjar Khas Bagi Persediaan Penutupan Akaun Tahun 2023 adalah berkaitan.
2. Untuk makluman tuan/puan, proses Penutupan Akhir Tahun 2023 telah berakhir pada 31 Disember 2023. Sehubungan dengan itu, sukacita dipohon tindakan pihak tuan / puan untuk menjana Sijil Perakuan Panjar bagi tempoh sehingga 31.12.2023 pada 01.01.2024 dan kemukakan kepada Unit Akaun JANNM Kelantan Sijil Perakuan Panjar tersebut bersama-sama dengan salinan Baucer Rekupmen Terakhir selewat-lewatnya 10.01.2024 dalam EMPAT (4) salinan.
3. Sehubungan dengan itu, semua PTJ dikehendaki mengambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya berkaitan perkara di atas.
Sekian, terima kasih.
UNIT AKAUN
JANM NEGERI KELANTAN



