YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa aktiviti conversion bagi JANM Negeri Kelantan telah selesai dilaksanakan. Oleh itu pihak YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan boleh meneruskan proses kunci masuk Kew.320 (SG20) bagi bayaran emolumen Regular Cycle bulan Januari 2024. Tarikh akhir kunci masuk Kew.320 (SG20) dan simulasi di peringkat PTJ adalah pada 4 Januari 2024 (Khamis) sebelum 10.30 malam.
3. YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan juga dimohon untuk mengambil tindakan sepertimana di bawah bagi mengelakkan daripada berlaku "ralat" semasa larian gaji oleh JANM Negeri Kelantan.
a) Mengunci masuk maklumat dengan tepat sepertimana yang terdapat di Kew.320
b) Larian ZRPY001 (Laporan Perbezaan Taraf Pencen dan KWSP):
c) Larian ZRPY115 (Laporan Kenaikan Gaji Tidak Mengikut KGT);
d) Larian ZRPY110 (Senarai Tarikh Persaraan dan Tamat Kontrak);
e) Simulasi gaji (ZRPY106); dan
f) Mengemaskini status simulasi gaji di ZRPY101.
Sila pastikan simulasi gaji berstatus "error-free". Sekiranya simulasi di peringkat PTJ berstatus "error" (warna kuning atau merah), tindakan pembetulan perlu dilakukan sehingga simulasi bertukar kepada "error-free".
4. Bagi bayaran gaji Personel MySTEP yang diproses melalui Arahan Pembayaran, YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan dipohon untuk memastikan kod akaun L1311903 adalah BERBAKI KOSONG pada setiap akhir bulan (tertakluk kepada tarikh yang ditetapkan oleh Unit Pengurusan Dana JANM Negeri Kelantan).
5. Kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan dalam perkara ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI
JANM NEGERI KELANTAN



