Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas,
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2023 – Tatacara Pengurusan Bayaran bertarikh 30 Oktober 2023. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada Kementerian/Jabatan mengenai tatacara pengurusan bayaran Kerajaan Persekutuan selaras dengan pelaksanaan perakaunan akruan dan Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) bagi memastikan pengurusan bayaran Kerajaan Persekutuan diperakaunkan dengan tepat dan betul dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Sila klik lampiran di bawah.
SURAT PEMAKLUMAN SPANM BIL 5 TAHUN 2023
SPANM BIL 5 TAHUN 2023 (Tatacara Pengurusan Bayaran)
Sekian, terima kasih.
JANM NEGERI KELANTAN



