Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Selaras dengan Taklimat Penutupan Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun Kewangan 2023 yang akan diadakan pada 04 Disember 2023, bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Tarikh Akhir Penyerahan Dokumen Kewangan Dan Peraturan Penutupan Akaun Persekutuan Bagi Tahun Kewangan 2023 oleh JANM Negeri Kelantan untuk perhatian dan tindakan pihak tuan/ puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
UNIT AKAUN
JANM NEGERI KELANTAN



