Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan/puan, tarikh akhir tindakan PTJ bagi proses PENUTUPAN AKAUN TAHUN 2023 adalah seperti berikut :
|
BIL |
PERKARA |
TARIKH AKHIR |
CATATAN |
|
|
PERAKU 2 ARAHAN PEMBAYARAN REKUPMEN PANJAR |
PENERIMAAN REKUPMEN |
|||
|
1 |
PANJAR WANG RUNCIT |
05 DIS 2023 (SELASA) |
07 DIS 2023 (KHAMIS) |
|
|
2 |
PANJAR KHAS |
05 DIS 2023 (SELASA) |
07 DIS 2023 (KHAMIS) |
|
* Tarikh akhir di atas adalah tertakluk kepada tarikh akhir yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa.
- Sila nyatakan Rekupmen Terakhir pada perihal baucer bayaran.
- Pastikan tiada baucar kecil (Kew. 50E) dikeluarkan dan tiada Penerimaan Lain-lain dibuat selepas rekupmen terakhir disediakan.
- Pastikan Penerimaan Rekupmen diluluskan (status 80). Pastikan baki Buku Wang Runcit adalah bersamaan dengan apungan yang diluluskan.
- Sila jana Sijil Perakuan Panjar bagi tempoh sehingga 31.12.2023 pada 01.01.2024 dan kemukakan kepada Unit Akaun JANNM Kelantan Sijil Perakuan Panjar tersebut bersama-sama dengan salinan Baucer Rekupmen Terakhir selewat-lewatnya 10.01.2024.
-Pastikan baki tunai di tangan pada tarikh 07 Disember 2023 adalah bersamaan dengan apungan yang diluluskan. Sila pastikan tiada lagi pembayaran baucar kecil (Kew.50) selepas rekupmen terakhir pada bulan tersebut.
3. Sehubungan dengan itu, semua PTJ dikehendaki mengambil perhatian sewajarnya berkenaan tarikh akhir di atas bagi memastikan proses penutupan akaun tahun 2023 berjalan lancar. Sekiranya terdapat Arahan Pembayaran Rekupmen Panjar yang dibuat selepas tarikh di atas, ianya akan dikuiri oleh Unit Pengurusan Dana, JANM Kelantan.
Sekian, terima kasih.
UNIT AKAUN
JANM NEGERI KELANTAN



