Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan
ARAHAN OPERASI PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN OKTOBER 2023
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas,
2. Untuk makluman tuan/puan, proses penutupan akaun bulanan bagi bulan OKTOBER 2023 akan bermula pada 30 OKTOBER 2023 (ISNIN). Sehubungan itu, semua PTJ / Pejabat Pemungut dimohon untuk mengambil tindakan seperti berikut :
|
BIL |
PERKARA |
TARIKH AKHIR |
CATATAN |
|
2.1 |
ARAHAN PEMBAYARAN |
Tindakan PERAKU II hendaklah dibuat SEBELUM jam 5.00 petang 30 Oktober 2023 (Isnin) dan TIADA perakuan yang boleh dibuat selepas itu. |
Perakuan II boleh mula dibuat seperti biasa pada 1 November 2023 (Rabu). |
|
2.2 |
HASIL / TERIMAAN |
Semua resit yang telah dikeluarkan sehingga jam 4.00 petang, 31 Oktober 2023 (Selasa) hendaklah dibuat penyata pemungut (diperaku II) dan dibankkan selewat-lewatnya pada jam 4.00 petang. MOHON PERHATIAN SEMUA PTJ UNTUK MEMATUHI ARAHAN INI ! |
Terimaan selepas jam 4.00 petang, 31 September 2023 hendaklah diperakaunkan bermula pada 1 November 2023 (Selasa). |
2.3. Adalah diingatkan bahawa PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan
Perbendaharaan 103(a).
2.4. Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.1 dan 2.2, sila kemukakan SURAT TUNJUK SEBAB dan salinan diemelkan ke
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI KELANTAN



