Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Merujuk kepada emel daripada pihak Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat Dan Agensi (BPOPA), Jabatan Akauntan Negara Malaysia bertarikh 25 September 2023, sukacita dimaklumkan bahawa pihak BPTM akan melaksanakan tindakan "Sekatan Sementara Bagi Capaian Tab Rekupmen dan Pembayaran Kew.50 dalam Modul Panjar iGFMAS" pada 5 Oktober 2023 (Khamis) mulai pukul 6.00 petang hingga pukul 12.00 tengah malam. Justeru, tiada sebarang transaksi berkaitan rekupmen boleh dilakukan dalam tempoh tersebut. Tindakan tersebut perlu dilaksanakan berikutan pihak BPTM akan membawa program pembetulan ke Production iGFMAS bagi memastikan Pusat Tanggungjawab (PTJ) dapat menjana Buku Wang Runcit/ Buku Tunai Mengikut Rekupmen dengan baki yang tepat.
Semoga pemakluman ini mendapat perhatian dan kerjasama pihak tuan / puan.
Sekian, terima kasih.
UNIT AKAUN
JANM NEGERI KELANTAN



