rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan Surat edaran BPOPP Bilangan 7 Tahun 2023 : Pusat Tanggungjawab (PTJ) memperkemaskan penyelenggaraan Data Induk Pelanggan Modul Account Receivable (AR) dan tindakan pemurnian Data Second Validation bertarikh 12 September 2023 adalah berkaitan.

2.  Berdasarkan ketetapan Surat edaran BPOPP Bilangan 7 Tahun 2023, semua PTJ diminta untuk mengemaskini dan membuat penyelenggaraan Data Induk di Modul AR bagi memastikan  maklumat penerima di iGFMAS ( termasuk penerima Bayaran Balik Deposit) adalah sama dan tepat dengan maklumat Penerima Bayaran di sistem bank. Ini bagi mengelak berlakunya penolakan Electronic Fund Transfer (EFT) semasa pembayaran kelak.

3.   Sehubungan dengan itu, semua PTJ yang terlibat adalah diminta untuk menyemak dan mengemaskini semua Data Induk di Modul AR seperti yang disenaraikan di Template Data Induk Pelanggan Modul AR (Batch 1 sehingga 5). Sila rujuk Lampiran 1 untuk Tatacara Penyelenggaraan Maklumat Data Induk Pelanggan di Modul AR dan berikut adalah link Template Data Induk Pelanggan Modul AR (Batch 1 sehingga 5) yang perlu dikemaskini melalui Modul Data Induk – Maklumat Pelanggan:

                                              https://drive.google.com/drive/folders/1Ae4Flw7WbkCQJzh2Z6N3Xc-fj2dzwcHe?usp=sharing

4.     PTJ juga perlu mengemaskini maklumat di ruangan Maklumbalas PTJ (column highlight kuning) pada template tersebut melalui link yang diberikan di atas dan menghantar salinan kad pengenalan/salinan SSM dan juga salinan akaun bank penerima bayaran melalui alamat email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. bagi setiap tindakan pengemaskinian Data Induk Pelanggan yang dibuat untuk semakan dan tindakan pihak kami selanjutnya  sebelum atau pada 16 November 2023 ( Khamis )

 5.    Bersama ini dikemukakan Surat Edaran BPOPP Bilangan 7 Tahun 2023,  Lampiran 1: Tatacara Penyelenggaraan Maklumat Data Induk Pelanggan di Modul AR dan Lampiran 3: Manual Pengguna iGFMAS – Proses Baucar Jurnal Pelarasan Modul Terimaan sebagai panduan terperinci. Kerjasama dan komitmen PTJ selanjutnya dalam memastikan penyelenggaraan Maklumat Data Induk Pelanggan Modul AR adalah tepat dan memberikan maklumbalas dalam tempoh yang ditetapkan bagi melancarkan pelaksanaan Second Validation amat dihargai.

Muat turun

Muat turun

Sila hubungi Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan di talian 097460200/223/224/228 untuk sebarang pertanyaan. 

Sekian, terima kasih.

 

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN PELANGGAN

JANM NEGERI KELANTAN