rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

No Rujukan : JANM(KEL)-600-1/3/17 (25)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Untuk makluman tuan/puan, proses penutupan akaun bulanan bagi bulan SEPTEMBER 2023 akan bermula pada 26 SEPTEMBER 2023 (SELASA). Sehubungan itu, semua PTJ / Pejabat Pemungut dimohon untuk mengambil tindakan seperti berikut :

BIL PERKARA TARIKH AKHIR CATATAN
2.1 ARAHAN PEMBAYARAN Tindakan PERAKU II hendaklah dibuat SEBELUM jam 5.00 petang 26 September 2023 (Selasa) dan TIADA perakuan yang boleh dibuat selepas itu. Perakuan II boleh mula dibuat seperti biasa pada 1 Oktober 2023 (Ahad).
2.2 HASIL / TERIMAAN

Semua resit yang telah dikeluarkan sehingga jam 4.00 petang, 27 September 2023 (Rabu) hendaklah dibuat penyata pemungut (diperaku II) dan dibankkan selewat-lewatnya pada jam 4.00 petang.

MOHON PERHATIAN SEMUA PTJ UNTUK MEMATUHI ARAHAN INI ! 

Terimaan selepas jam 4.00 petang, 27 September 2023 hendaklah diperakaunkan bermula pada 1 Oktober 2023 (Ahad).

    2.3.   Adalah diingatkan bahawa PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan  

            Perbendaharaan 103(a). 

   2.4.   Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.1 dan 2.2, sila kemukakan SURAT TUNJUK SEBAB dan salinan diemelkan ke 

            Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 10 Oktober 2023.



3.     Perhatian dan komitmen tuan/puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar.  Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi Unit Pengurusan Dana JANM Negeri Kelantan di talian : 09-7460 273/274/277/294.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM NEGERI KELANTAN