rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kunci masuk Kew.320 (SG20) dan simulasi bayaran gaji bagi Daily Rated April dan Regular Cycle Mei 2023 di peringkat PTJ adalah seperti berikut:

Bil

Perkara

Tarikh Akhir Kunci Masuk SG20 dan Simulasi di Peringkat PTJ

Catatan

2.1

Daily Rated (gaji bulan April 2023)


Emolumen bagi tempoh 1-14 April 2023 telah diproses pada 16 April 2023. Data bayaran bagi tempoh 15 April-30 April 2023 akan  dimuatnaik oleh JANM Negeri Kelantan.
Sila kemaskini pautan sebelum atau selewat-lewatnya pada 10.00 pagi, 02.05.2023 (Selasa)

PTJ pelu  kemaskini amaun kelayakan yang sepatutnya dibayar bagi tempoh

perkhidmatan bulan April yang dijalankan oleh pegawai di pautan berikut:
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1NaCbwY9rgWVd-NF7ZH14zw7WNwroTiWxdX_pkG83EJ8/edit?usp=sharing

2.3

Regular Cycle (gaji bulan Mei 2023)

      07.05.2023 (Ahad)       
(sistem akan ditutup pada 10.30 malam)


3.    YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan juga dipohon untuk mengambil tindakan sepertimana di bawah bagi mengelakkan daripada berlaku "ralat" semasa larian gaji oleh JANM Negeri Kelantan.

       a) Mengunci masuk maklumat dengan tepat sepertimana yang terdapat di Kew.320

      b) Larian ZRPY001 (Laporan Perbezaan Taraf Pencen dan KWSP):

       c) Larian ZRPY115 (Laporan Kenaikan Gaji Tidak Mengikut KGT);

      d) Larian ZRPY110 (Senarai Tarikh Persaraan dan Tamat Kontrak);

      e) Simulasi gaji (ZRPY106); dan

       f) Mengemaskini status simulasi gaji di ZRPY101.

Sila pastikan simulasi gaji berstatus "error-free". Sekiranya simulasi di peringkat PTJ berstatus "error" (warna kuning atau merah), tindakan pembetulan perlu dilakukan sehingga simulasi bertukar kepada "error-free". Untuk makluman pihak  YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan, bagi larian gaji Regular Cycle April 2023, terdapat PTJ yang telah melakukan kesilapan berikut:

Bil 

PTJ

Kesilapan

Catatan

1

SM Sains Gua Musang

Tidak wujudkan waran 0 bagi pegawai lantikan kontrak yang dibayar menggunakan OS29000

Sila pastikan simulasi berstatus "error-free" dan hubungi Unit/Bahagian/JPN yang menguruskan waran peruntukan setiap PTJ  

2

SMK Jeli

3

SMK Seri Intan

4

PPD Pasir Mas

Menggunakan WBS yang tidak aktif

Sila pastikan WBS yang digunakan adalah berstatus aktif

5

Jabatan Kemajuan Masyarakat

4.    Bagi bayaran gaji Personel MySTEP melalui Arahan Pembayaran,  YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan dipohon untuk memastikan kod akaun L1311903 adalah BERBAKI  KOSONG pada setiap akhir bulan (tertakluk kepada tarikh yang ditetapkan oleh Unit Pengurusan Dana JANM Negeri Kelantan). 

5.    Kerjasama pihak  YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan dalam perkara ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

UNIT GAJI

JANM NEGERI KELANTAN