Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas .
2. Untuk makluman tuan/puan, proses penutupan akaun bulanan bagi bulan MAC 2023 akan bermula pada 29 MAC 2023 (RABU). Sehubungan itu, semua PTJ / Pejabat Pemungut dimohon untuk mengambil tindakan seperti berikut :
|
BIL |
PERKARA |
TARIKH AKHIR |
CATATAN |
|
1 |
ARAHAN PEMBAYARAN |
Tindakan PERAKU II hendaklah dibuat SEBELUM jam 5.00 petang 29 Mac 2023 (Rabu) dan TIADA perakuan yang boleh dibuat selepas itu. |
Perakuan II boleh dibuat seperti biasa pada 1 April 2023 (Sabtu). |
|
2 |
HASIL / TERIMAAN |
Semua resit yang telah dikeluarkan sehingga jam 12.00 tengahari, 30 Mac 2023 (Khamis)hendaklah dibuat penyata pemungut (diperaku II) dan dibankkanselewat-lewatnya pada jam 2.00 petang.
MOHON PERHATIAN SEMUA PTJ MEMATUHI ARAHAN INI ! |
Terimaan selepas jam 12.00 tengahari, 28 Februari 2023 hendaklah diperakaunkan pada 1 April 2023 (Sabtu). |
3. Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya dari tuan/puan. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi Unit Pengurusan Dana JANM Negeri Kelantan di talian : 09-7460 273/274/277/294.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI KELANTAN



