Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk Seri/ Datuk/ Dato'/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya perkara di atas dan notis pemakluman awal pada 27 Januari 2023 adalah dirujuk.
2. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato'/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan, pihak MAMPU akan melaksanakan aktiviti Pengujian Simulasi Pemulihan Bencana Perkhidmatan MyGPKI yang melibatkan gangguan capaian kepada Sistem GPKI seperti perincian berikut:
| Tarikh dan masa pengujian: | 10 Februari 2023 (Jumaat): Bermula jam 11:00 malam sehingga 11:59 malam (downtime) 11 Februari 2023 (Sabtu): Bermula jam 12:00 tengah malam sehingga 11:59 malam (downtime) |
| Kerja-kerja/tujuan/sebab: | MAMPU akan melaksanakan aktiviti Pengujian Simulasi Pemulihan Bencana Perkhidmatan MyGPKI pada tarikh dan masa seperti yang dinyatakan di atas. |
| Sistem GPKI yang terlibat: | 1. Sistem GPKI 3.0 2. Sistem GPKI Desk 3. Sistem GPKI eLearning 4. GPKI Mobile |
| Pengguna yang terkesan: | 1. Pentadbir Portal GPKI 2. Pengguna Sistem Aplikasi ICT Kerajaan yang menggunakan perkhidmatan MyGPKI di Kementerian/ Jabatan/ Agensi 3. Registration Authority (RA) di Certification Authority (CA) |
| Fungsi GPKI yang terlibat: | Semua fungsi Sistem GPKI tidak boleh dicapai di sepanjang tempoh downtime yang dinyatakan: 1. Portal GPKI dan fungsi PKI bagi pengesahan identiti dan tandatangan digital di dalam Sistem ICT Kerajaan yang berintegrasi dengan Sistem GPKI 3.0; 2. Membuat aduan/pertanyaan dan semakan status aduan melalui GPKI Desk; 3. GPKI eLearning; dan 4. GPKI Mobile. |
| Tindakan yang perlu diambil oleh agensi: | 1. Sekiranya terdapat keperluan permohonan sijil digital, permohonan hendaklah dibuat sebelum atau selepas tarikh dan masa yang dinyatakan. 2. Sekiranya terdapat keperluan melaksanakan transaksi Sistem ICT Kerajaan yang berintegrasi dengan Sistem GPKI, transaksi hendaklah dilakukan sebelum atau selepas tarikh dan masa yang dinyatakan. |
| Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi: | MyGCC: 03-80008000 Meja Bantuan GPKI: 03-88008008 E-mel: 1. Pasukan Projek GPKI MAMPU: 2. Encik Muhammad Hisyam bin Mustafah (Teknikal): 3. Puan Norkhamsiah binti Abdul Malik (Teknikal): |
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk Seri/ Datuk/ Dato'/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Pentadbir MyGPKI
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri



