Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kunci masuk Kew.320 (SG20) dan simulasi bayaran gaji di peringkat PTJ adalah seperti berikut:
|
Bil |
Perkara |
Tarikh Akhir Kunci Masuk SG20 dan Simulasi di Peringkat PTJ |
|
2.1 |
Daily Rated (gaji bulan Januari 2023) |
01.02.2023 (Rabu) |
|
2.3 |
Regular Cycle (gaji bulan Februari 2023) |
07.02.2023 (Selasa) (sistem akan ditutup pada 10.30 malam) |
3. Bagi bayaran gaji pegawai MySTEP melalui Modul HCM, tuan/puan perlu mengunci masuk bayaran Bantuan Khas Kewangan pegawai yang layak dengan menggunakan Wage Type 1072 dan Kod Akaun B0229306. Untuk makluman pihak tuan/puan pesara yang dilantik semula sebagai pegawai MySTEP dengan syarat masih berkhidmat pada 17 Januari 2023 layak menerima bayaran seperti mana yang dinyatakan di perenggan 3.4 surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) rujukan JPA.800-3/2/4(17) bertarikh 27 Disember 2022 iaitu pembayaran RM350.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)/Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan bakinya RM350.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.
4. Tuan/puan juga dipohon untuk mengambil tindakan sepertimana di bawah bagi mengelakkan daripada berlaku "ralat" semasa larian gaji oleh JANM Negeri Kelantan.
a) Mengunci masuk maklumat dengan tepat sepertimana yang terdapat di Kew.320
b) Larian ZRPY001 (Laporan Perbezaan Taraf Pencen dan KWSP):
c) Larian ZRPY115 (Laporan Kenaikan Gaji Tidak Mengikut KGT);
d) Larian ZRPY110 (Senarai Tarikh Persaraan dan Tamat Kontrak);
e) Simulasi gaji (ZRPY106); dan
f) Mengemaskini status simulasi gaji di ZRPY101.
Jika terdapat kesilapan, tindakan pembetulan perlu dilakukan oleh PTJ.
5. Manakala bagi bayaran gaji Personel MySTEP melalui Arahan Pembayaran, BKK perlu dibayar bersama gaji bulan Januari 2023 kepada pegawai iaitu setelah perkhidmatan MySTEP sempurna berakhir pada 31 Januari 2023. Selain itu tuan/puan dipohon untuk memastikan kod akaun L1311903 adalah BERBAKI KOSONG pada setiap akhir bulan (tertakluk kepada tarikh yang ditetapkan oleh Unit Pengurusan Dana JANM Negeri Kelantan).
6. Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,terima kasih.
UNIT GAJI
JANM NEGERI KELANTAN



