Tuan/Puan,
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kunci masuk Kew.320 (SG20) dan simulasi bayaran gaji di peringkat PTJ adalah seperti berikut:
|
Bil |
Perkara |
Tarikh Akhir Kunci Masuk SG20 dan Simulasi di Peringkat PTJ |
|
2.1 |
Daily Rated (gaji bulan November 2022) |
01.12.2022 (Khamis) |
|
2.3 |
Regular Cycle (gaji bulan Disember 2022) |
05.12.2022 (Isnin) (sistem akan ditutup pada 10.30 malam) |
3. Bagi bayaran gaji melalui Regular Cycle, tuan/puan juga dipohon untuk mengambil tindakan sepertimana di bawah bagi mengelakkan daripada berlaku "ralat" semasa larian gaji oleh JANM Negeri Kelantan.
a) Mengunci masuk maklumat dengan tepat sepertimana yang terdapat di Kew.320
b) Larian ZRPY001 (Laporan Perbezaan Taraf Pencen dan KWSP):
c) Larian ZRPY115 (Laporan Kenaikan Gaji Tidak Mengikut KGT);
d) Larian ZRPY110 (Senarai Tarikh Persaraan dan Tamat Kontrak);
e) Simulasi gaji (ZRPY106); dan
f) Mengemaskini status simulasi gaji di ZRPY101.
Jika terdapat kesilapan, tindakan pembetulan perlu dilakukan oleh PTJ.
4. Manakala bagi bayaran gaji Personel MySTEP melalui Arahan Pembayaran, tuan/puan dipohon untuk membuat caruman PERKESO di IT0197 (Employee Social Security). Tuan/puan jua perlu memastikan kod akaun L1311903 adalah BERBAKI KOSONG pada setiap hujung bulan (tertakluk kepada tarikh yang ditetapkan oleh Unit Pengurusan Dana JANM Negeri Kelantan).
5. Untuk makluman pihak tuan/puan jua, permohonan untuk mewujudkan/mengemaskini Pusat Pembayar Gaji (Pay Center - PC) dan mendaftar majikan baharu untuk caruman/bayaran kepada KWSP, PERKESO dan LHDNM (SG10) bagi bulan Disember 2022 perlu dikemukakan kepada JANM Negeri Kelantan sebelum atau selewat-lewatnya pada 24 November 2022 (Khamis).
6. Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI
JANM NEGERI KELANTAN



