Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan/puan, tarikh akhir tindakan PTJ bagi proses penutupan akaun BULAN SEPTEMBER 2022 adalah seperti berikut :-
BIL |
PERKARA |
TARIKH AKHIR |
CATATAN |
|
PERAKU 2 ARAHAN PEMBAYARAN REKUPMEN PANJAR |
PENERIMAAN REKUPMEN |
|||
1 |
PANJAR WANG RUNCIT |
18 SEPT 2022 (AHAD) |
21 SEPT 2022 (RABU)
|
Sila gunakan VOT/DANA : G000 semasa membuat penerimaan rekupmen |
2 |
PANJAR KHAS |
20 SEPT 2022 (SELASA) |
22 SEPT 2022 (KHAMIS)
|
3. Dimaklumkan bahawa Penutupan Interim tahun 2022 adalah pada 30 September 2022. Sehubungan dengan itu, semua PTJ dikehendaki mengambil perhatian sewajarnya berkenaan tarikh akhir di atas bagi memastikan Akaun Penyelesaian Panjar dapat dikosongkan dan proses Penutupan Interim 2022 berjalan lancar. Sekiranya terdapat Arahan Pembayaran Rekupmen Panjar yang dibuat selepas tarikh di atas, ianya akan dikuiri oleh Unit Pengurusan Dana, JANM Kelantan.
4. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi Unit Akaun, JANM Kelantan di talian 09-7460 281/280/279/274. Perhatian dan kerjasama pihak tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT AKAUN
JANM NEGERI KELANTAN