rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kunci masuk Kew.320 (SG20) dan simulasi bayaran gaji di peringkat PTJ adalah seperti berikut:

Bil

Perkara

Tarikh Akhir Kunci Masuk SG20 dan Simulasi di Peringkat PTJ

2.1

Daily Rated (gaji bulan Ogos 2022)

04.09.2022 (Ahad)
5.30 petang

2.3

Regular Cycle (gaji bulan September 2022)

           06.09.2022 (Selasa)          (sistem akan ditutup pada 10.30 malam)

3.    Bagi bayaran gaji melalui Regular Cycle, tuan/puan juga dipohon untuk mengambil tindakan sepertimana di bawah bagi mengelakkan daripada berlaku "ralat" semasa larian gaji oleh JANM Negeri Kelantan.

       a) Mengunci masuk maklumat dengan tepat sepertimana yang terdapat di Kew.320

       b) Larian ZRPY001 (Laporan Perbezaan Taraf Pencen dan KWSP):

       c) Larian ZRPY115 (Laporan Kenaikan Gaji Tidak Mengikut KGT);
       d) Larian ZRPY110 (Senarai Tarikh Persaraan dan Tamat Kontrak);
       e) Simulasi gaji (ZRPY106); dan

       f) Mengemaskini status simulasi gaji di ZRPY101.

Jika terdapat kesilapan, tindakan pembetulan perlu dilakukan oleh PTJ. Untuk makluman pihak tuan/puan jua bagi larian gaji Regular Cycle Julai 2022, terdapat PTJ yang telah melakukan kesilapan berikut:

PTJ

Kesilapan

Catatan

Arkib Negara Negeri Kelantan

Tidak melaksanakan simulasi gaji 

Sila laksanakan simulasi di peringkat PTJ sebelum larian gaji oleh JANM Negeri Kelantan

SMK Kandis

Pejabat Pendidikan Daerah Machang

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu

Kolej Vokasional Bachok

Sek Menengah Sains Gua Musang

Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri 

Sekolah Menengah Keb Tengku Panglima Raja

Maktab Sultan Ismail

PKD Pasir Puteh

JKNK

Hospital Pasir Mas

Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin

Markas 8 Briged

4.    Manakala bagi bayaran gaji Personel MySTEP melalui Arahan Pembayaran, tuan/puan dipohon untuk membuat caruman PERKESO di IT0197 (Employee Social Security). Tuan/puan jua perlu memastikan kod akaun L1311903 adalah BERBAKI KOSONG pada setiap hujung bulan (tertakluk kepada tarikh yang ditetapkan oleh Unit Pengurusan Dana JANM Negeri Kelantan). 

5.    Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI

JANM NEGERI KELANTAN