Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa sepertimana yang dinyatakan dalam surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.800-3/2/1 (41) bertarikh 11 April 2022, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2022 turut dipanjangkan kepada pegawai lantikan MySTEP yang tempoh kontraknya masih berkuatkuasa pada 25 April 2022.
2. Sehubungan dengan itu, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah memberi pengecualian SPANM Bil 5 Tahun 2021 di mana bayaran emolumen pekerja bergaji hari bulan April 2022 (termasuk pegawai MySTEP) diproses bermula 26 April 2022 (Selasa). Pengecualian ini merangkumi emolumen pekerja bergaji hari yang diproses melalui sistem Emolumen Berkomputer – Modul Daily Rated dan juga Arahan Pembayaran (Baucar Berasingan). Sehubungan dengan itu, tarikh akhir kunci masuk Kew.320 (SG20) dan simulasi bayaran gaji bagi Daily Rated April dan Regular Cycle Mei di peringkat PTJ adalah seperti berikut:
Bil |
Perkara |
Tarikh Akhir Kunci Masuk SG20 dan Simulasi di Peringkat PTJ |
2.1 |
Daily Rated (gaji bulan April 2022) |
25.04.2022 (Isnin) |
2.3 |
Regular Cycle (gaji bulan Mei 2022) |
8.05.2022 (Ahad) (sistem akan ditutup pada 10.30 malam) |
|
|
|
|
|
|
3. Bagi bayaran gaji pegawai MySTEP melalui Modul HCM, tuan/puan perlu mengunci masuk bayaran BKKA pegawai yang layak dengan menggunakan Wage Type 1072 dan Kod Akaun B0229306. Untuk makluman pihak tuan/puan pesara yang dilantik semula sebagai pegawai MySTEP dengan syarat masih berkhidmat pada 25 April 2022 layak menerima bayaran seperti mana yang dinyatakan di dalam perenggan 26 Soalan Lazim iaitu pembayaran RM250.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)/ Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan bakinya RM250.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.
4. Tuan/puan juga dipohon untuk mengambil tindakan sepertimana di bawah bagi mengelakkan daripada berlaku "ralat" semasa larian gaji Regular Cycle oleh JANM Negeri Kelantan.
a) Mengunci masuk maklumat dengan tepat sepertimana yang terdapat di Kew.320
b) Larian ZRPY001 (Laporan Perbezaan Taraf Pencen dan KWSP):
c) Larian ZRPY115 (Laporan Kenaikan Gaji Tidak Mengikut KGT);
d) Larian ZRPY110 (Senarai Tarikh Persaraan dan Tamat Kontrak);
e) Simulasi gaji (ZRPY106); dan
f) Mengemaskini status simulasi gaji di ZRPY101.
Jika terdapat kesilapan, tindakan pembetulan perlu dilakukan oleh PTJ.
5. Manakala bagi bayaran gaji pegawai MySTEP melalui Arahan Pembayaran, tuan/puan dimohon untuk memastikan kod akaun L1311903 adalah BERBAKI KOSONG sebelum atau selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang, 27 April 2022 (Rabu).
6. Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI
JANM NEGERI KELANTAN