Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dalam usaha untuk menambah baik kawalan dalaman proses bayaran emolumen penjawat awam. Sehubungan dengan itu, salah satu kawalan yang akan diwujudkan adalah pegawai penyedia yang mengunci masuk perubahan ke dalam Modul HCM tidak lagi diberi kebenaran untuk membuat perubahan bagi diri sendiri. Untuk makluman pihak tuan/puan jua, kawalan ini akan berkuatkuasa mulai 1 April 2022 (Jumaat).
3. Walau bagaimanapun sekiranya PTJ hanya mempunyai seorang pegawai sahaja yang berperanan sebagai penyedia yang mengunci masuk maklumat perubahan emolumen, tuan/puan boleh memohon kelulusan khas daripada JANM Negeri Kelantan dengan mengemukakan surat justifikasi permohonan dan juga carta organisasi jabatan untuk pertimbangan sewajarnya.
4. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI
JANM NEGERI KELANTAN



