Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kunci masuk Kew.320 (SG20) dan simulasi bayaran gaji di peringkat PTJ adalah seperti berikut:
|
Bil |
Perkara |
Tarikh Akhir Kunci Masuk SG20 dan Simulasi di Peringkat PTJ |
|
2.1 |
Daily Rated (gaji bulan Februari 2022) |
01.03.2022 (Selasa) |
|
2.3 |
Regular Cycle (gaji bulan Mac 2022) |
08.03.2022 (Selasa) (sistem akan ditutup pada 10.30 malam) |
3. Untuk makluman pihak tuan/puan, berdasarkan kepada semakan ke atas data bayaran emolumen Personel MySTEP, terdapat PTJ yang tidak membuat caruman PERKESO bagi pegawai tersebut. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk membuat caruman PERKESO bagi Personel MySTEP di IT0197 (Employee Social Security).
4. Tuan/puan juga dipohon untuk mengambil tindakan sepertimana di bawah bagi mengelakkan daripada berlaku "ralat" semasa larian gaji oleh JANM Negeri Kelantan.
a) Mengunci masuk maklumat dengan tepat sepertimana yang terdapat di Kew.320
b) Larian ZRPY001 (Laporan Perbezaan Taraf Pencen dan KWSP):
c) Larian ZRPY115 (Laporan Kenaikan Gaji Tidak Mengikut KGT);
d) Larian ZRPY110 (Senarai Tarikh Persaraan dan Tamat Kontrak);
e) Simulasi gaji (ZRPY106); dan
f) Mengemaskini status simulasi gaji di ZRPY101.
Jika terdapat kesilapan, tindakan pembetulan perlu dilakukan oleh PTJ. Untuk makluman pihak tuan/puan jua bagi larian gaji Regular Cycle Februari 2022, terdapat PTJ yang telah melakukan kesilapan berikut:
|
PTJ |
Kesilapan |
Catatan |
|
Pejabat Kesihatan Pergigian Bachok |
Menggunakan WBS yang tidak aktif |
Sila pastikan WBS yang digunakan adalah berstatus aktif |
5. Manakala bagi bayaran gaji Personel MySTEP melalui Arahan Pembayaran, tuan/puan dipohon untuk memastikan kod akaun L1311903 adalah BERBAKI KOSONG pada setiap hujung bulan (tertakluk kepada tarikh yang ditetapkan oleh Unit Pengurusan Dana JANM Negeri Kelantan).
6. Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
UNIT GAJI
JANM NEGERI KELANTAN



